Ahad, 26 Oktober 2014

Membawa Mualaf ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk Permohonan Kemasukan Anak-anak ke Sekolah Kerajaan



AKTIVITI TAHUN 2014
PERKIM CAWANGAN SABAK BERNAM


Maklumat

Tarikh: 18/08/2014 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Selangor  

Objektif: Mendapatkan sekolah baru untuk anak-anak mualaf yang tertinggal pelajaran disebabkan berpindah rumah dan tiada Sijil Berhenti Sekolah.

Laporan
  • Pemohon ialah En. Muhammad Noor Bin Abdullah (Bapa kepada 5 orang anak)
  • Berpindah dari Kuala Kubu Bharu ke Sungai Besar
  • Persekolahan tertangguh sejak Januari 2014 kerana tiada pihak yang tampil memberi bantuan
  •  Masalah mereka diketahui selepas menjadi ahli PERKIM Sabak Bernam pada awal Ogos  2014.
  • Permohonan diluluskan pada 22/08/2014 (Jumaat)
  • En. Muhammad Noor Abdullah meminta bantuan AJK PERKIM Sabak Bernam untuk membawa mereka sekeluarga membeli kelengkapan sekolah sebaik mengetahui permohonan anak-anak beliau diluluskan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan