Selasa, 28 Oktober 2014

MELAWAT RUMAH MUALAF EN. MUHAMMAD AZWAN BIN ABDULLAH



Tarikh : 16/ 10/2014  ( Khamis )

Masa : 11.00 pagi

Tempat : 
No. 23B, Jalan Bunga Raya, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.

Objektif
Memastikan mualaf rasa dihargai dengan mengambil tahu kehidupan mereka selepas memeluk Islam.

Laporan

  • Muhammad Azwan Bin Abdullah di Islamkan oleh Tn. Hj. Jemari Bin Ngarib Pengerusi PERKIM Sabak Bernam, Selangor pada 21/04/2014. 
  • Beliau telah bercerai dengan isterinya dan tinggal bersama anak angkat. 
  • Umur beliau 73 tahun dan tidak bekerja. Menyara kehidupan dengan duit simpanan yang dikumpul semasa bekerja. 
  • Anak angkat beliau seorang OKU dan menerima Bantuan Am Bulanan sebanyak RM 150.00 sahaja. 
  • Kediaman beliau dibina sejak berpuluh tahun dahulu dan menyewa tapak rumah sebanyak RM80.00 sebulan. Tuan tanah tersebut seorang Melayu. 
  • Sehingga kini proses pertukaran nama Islam dalam kad pengenalan masih belum selesai. Permohonan bantuan bulanan MAIS juga tidak dapat diproses sehingga Kad Pengenalan baru diperolehi. 
  • Beliau menghadiri Kelas Pengajian Mualaf di PERKIM Daerah Sabak Bernam.

GAMBAR 


Jiran Muhammad Azwan Abdullah membantu memanggilnya dalam Bahasa Cina
Puan Juraizah (PERKIM Sabak Bernam) bergambar dengan Muhammad Azwan Bin Abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan