Majlis Penyerahan Kerusi Roda Bermotor Kepada Mualaf Muhammad Ali Bin Abdullah
Tarikh :
27/ 06/ 2014
( Jumaat )
Masa :
3.00 petang
Pejabat Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Sabak
Bernam, Jalan Parit 1, Sg. Besar.
Memudahkan En. Muhammad Ali B. Abdullah bergerak
kerana kaki beliau dijangkiti kuman dan perlu mendapatkan rawatan mencuci luka
tersebut di Klinik Kesihatan Sg. Besar
setiap 2 hari sekali.
Harga kerusi roda bermotor tersebut dalam anggaran RM
5,900.00.
Semua kos ditanggung oleh pihak MAIS.
LAPORAN
- En. Muhammad Ali Bin Abdullah telah di Islamkan di PERKIM Sabak Bernam pada 23/10/2013 oleh Tn. Hj. Jemari B. Ngarib.
- Pihak PERKIM Sabak Bernam telah menghantar surat permohonan melalui Puan Hamida Binti Manan, Pembantu Eksekutif Kanan, Unit Pengurusan Mualaf MAIS pada 03/04/2014. Permohonan mengambil masa 2 bulan untuk diluluskan oleh MAIS kerana tempahan dibuat di Pulau Pinang.
- Tn. Hj. Abdul Malik Bin Ramli, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Sabak Bernam menyerahkan kerusi roda tersebut kepada Muhammad Ali Bin Abdullah pada 27/06/2014 sambil disaksikan oleh 4 orang pegawai Pejabat Agama dan 3 orang AJK PERKIM Sabak Bernam.
![]() |
|
Tn. Hj. Abdul
Malik B. Ramli menyerahkan kerusi roda bermotor kepada mualaf
Muhammad Ali B.
Abdullah.
|
![]() |
|
Tn. Hj. Jemari Ngarif, Pengerusi PERKIM Sabak Bernam
bergambar dengan
mualaf, AJK PERKIM dan staf MAIS.
|


Tiada ulasan:
Catat Ulasan