Tarikh : 13/ 10/2014
( Isnin )
Masa : 10.00 malam
Tempat :
Pejabat PERKIM Daerah Sabak Bernam, No. 45, Jalan
TP-01,
Taman Perdana, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Objektif
- Memastikan pendaftaran mualaf warga asing ini berjalan lancar kerana beliau tidak mengetahui prosedur yang perlu dilalui.
Laporan
- Nama asal mualaf ini ialah Selvam dan berasal dari India. Beliau telah menetap di Malaysia hampir 10 tahun. Nama Islam beliau ialah Kasim Selamat Bin Abdullah.
- Beliau di Islamkan oleh Tn. Ahmad Bin Abdul (Nazir Masjid Al-Mujahidin, Pekan Bagan Terap) pada 19/08/2014. AJK Masjid telah membawa mualaf ini ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sabak Bernam untuk mendaftarkan pengislamannya. Hanya surat pengesahan memeluk Agama Islam sahaja yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftar Mualaf.
- Menurut AJK Masjid, PAID tidak dapat memproses Kad Islam kerana majikannya tidak mahu menyerahkan pasport untuk sebarang urusan kerana bimbang mualaf ini melarikan diri.
- AJK Masjid telah meminta bantuan PERKIM N. Selangor dan mereka disarankan merujuk PERKIM Daerah Sabak Bernam.
- Tn. Hj. Jemari dan Ustaz Dr. Mohd Hisham Surgi mengadakan perbincangan dengan AJK Masjid dan mualaf tersebut bagi membantu menyelesaikan masalah ini.
GAMBAR


Tiada ulasan:
Catat Ulasan